KHASIAT GAMAT

Rangkaian produk House of Healin adalah merangkumi produk-produk penjagaan Kesihatan dan Kecantikan yang telah di formulasikan dari bahan asas iaitu Gamat menggunakan kaedah Bioteknologi.

 

Formulasi ini telah di hasilkan setelah para saintis menjalankan kajian secara saintifik selama beberapa tahun semenjak tahun 1990 lagi. Hasil kajian mereka telah mendapati bahawa Gamat mempunyai rahsia semulajadinya yang tersendiri. Produk-produk hasil kajian mereka telah di uji secara klinikal dan di buktikan berkesan untuk membantu proses penyembuhan dan rejuvenasi sel.

 

Produk-produk di House of Healin kini telah berjaya melepasi piawaian antarabangsa dan mempunyai kualiti yang terjamin.

KHASIAT SERTA KEISTIMEWAAN GAMAT

Gamat mempunyai khasiat yang tinggi tetapi tidak mengandungi kolestrol. Ia mengandungi lebih daripada 50 jenis nutriens seperti protein, lemak, gula, vitamin B1, B2, asid nikotinik, kalsium fosfat, zat besi, iodin, vanadium, zink, kalium, kromium, asid benzoid, kondrotin sulfat, asid mukopolisakarida.

Kandungan protein dalam bentuk asid-asid amino seperti arginina, sistina dan histina adalah amat diperlukan untuk badan kita kerana merupakan asas kepada pembentukan deosiribonuekleik asid (DNA)

KOLAGEN
* Merencatkan proses penuaan, mengurangkan pembentukan kedutan kulit
* Mempercepatkan proses pemulihan luka
* Meningkatkan sistem imunisasi

KONDROITIN & GLUKOSAMIN
* Melegakan sakit akibat osteoarthiritis
* Meransang pembentukan dan pemulihan tulang rawan
* Membantu pertumbuhan tulang dan gigi

OMEGA-3
* Merendahkan kolestrol dalam darah
* Melindungi arteri
*Mengurankan risiko mendapat penyakit jantung
* Memperbaiki kesihatan mental

KALSIUM
* Membentuk tulang dan gigi
* Memantau sistem peredaran darah
* Meregulasikan denyutan jantung

ZAT BESI
* Penting dalam pengangkutan oksigen dan metabolisme
* Diperlukan untuk pembentukan sel darah merah yang sihat.

IODIN
* Perlu bagi sistem tiroid untuk berfungsi dengan normal

SELENIUM
* Sebagai antioksidan
* Mempertahankan sel-sel badan daripada radikal-radikal bebas
* Mengelakkan kerosakkan sel

VANADIUM
*Mengurangkan penghasilan kolestrol
* Terlibat dalam proses katekotamin dan metabolisme lipid serta dalam pembentukan sel-sel darah merah

KRONIUM
* Menambahkan bilangan reseptor insulin pada membran sel dan menggalakkan pelekatan insulin pada sel-sel
* Merendahkan paras gula dalam darah
* Memperbaiki masalah diabetes melitus (kencing manis)

KEBAIKAN LAIN
* Meningkatkan sistem imun
* Merencat pertumbuhan sel-sel kanser
* Menggalakan pertumbuhan sel.

Walaubagaimanapun, secara aslinya hidupan laut gamat ini mengandungi kadar garam serta bahan bahan lain yang berlebihan yang tidak sesuai untuk tubuh badan manusia jika di ambil secara tidak terkawal. Selain daripada itu, bau dan rasanya yang kurang menyenangkan membuatkannya sukar untuk diterima masyarakat.

 

Maka, dari sini timbullah keperluan untuk mendapatkan kaedah berkesan bagi memproses bahan asli Gamat ini supaya boleh di jadikan bahan sumber kepada produk-produk penjagaan kesihatan dan kecantikan yang terjamin kualiti dan keberkesanannya.

PROSES PENYARINGAN DAN PENYEDIAAN PRODUK

Setelah melakukan kajian serta melalui kaedah saintifik, bahan asas daripada gamat ini telah dapat di proses serta ditambah baik bagi menyingkirkan bahan-bahan yang tidak sesuai untuk tubuh badan manusia. Proses saringan yang berperingkat ini juga berjaya menyingkirkan bau serta rasa yang tidak menyenangkan.

Proses saringan ini akhirnya menghasilkan sebatian Gamadulin™ yang terkandung di dalam formulasi setiap produk-produk keluaran Healin.

Akhirnya dengan penemuan ini, produk-produk Healin tidak boleh di samakan dengan produk-produk tradisional atau produk-produk berasaskan gamat yang lain kerana mutunya yang tinggi.

Malah Healin sudah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai produk bioteknologi yang dihasilkan melalui kaedah saintifik dan di buktikan secara klinikal.

Lambang Jaminan Kualiti 
ضمان الجود