MENGENAI KAMI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
House Of Healin adalah rangkaian gedung Kesihatan dan Kecantikan Francais yang memasarkan produk suplimen kesihatan, penjagaan kulit dan produk kecantikan & Kosmetik jenama Healin dan AG2000 yang berasaskan Bioteknologi.

Kini ada terdapat hampir 90 jenis produk Healin dan AG2000 di semua rangkaian gedung House Of Healin yang berdaftar di Malaysia.

PENGASAS PRODUK HEALIN & AG2000

Professor Dato' Doktor Hassan Yaacob adalah seorang bekas penyelidik perubatan di bidang farmaseutikal di Universiti Malaya. Beliau adalah pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang Clinical Pharmacology, Royal of Surgeons of England, London.

Menyedari kelebihan serta potensi hidupan Gamat yang boleh menyumbang kepada bidang perubatan, beliau telah memulakan penyelidikan Gamat secara serius di Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya pada tahun 1990. Beliau telah ditaja oleh IRPA program (Intensive Research in Priority Area, Kementerian Sains & Teknologi dan Alam Sekitar , Malaysia).

Penyelidikannya ke atas keajaiban gamat dilanjutkan di University of Kyushu dan University of Toyamma Jepun pada tahun 1995-1996 dan berterusan sehingga sekarang.

Sepanjang penyelidikan dan pembangunan produk-produk yang berasaskan gamat, beliau telah dianugerahkan dengan Pingat Emas MINDEX (Malaysian Invention and Discovery) pada tahun 1994 dan Hitachi Science Fellowship Research Award 1995 di Jepun.

Setelah lebih dari 10 tahun melakukan penyelidikan dan pembangunan gamat, beliau telah berjaya mengeluarkan produk berasaskan gamat secara komersial di bawah jenama HEALIN™.

Pada 20 Julai 2007, Prof Dr. Hassan Yaakob telah dianugerahkan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang membawa gelaran Dato'. Beliau juga telah dipilih sebagai tokoh Maulidur Rasul pada tahun 2008.

Kesemua rangkaian produk Healin dan AG2000 yang beliau asaskan kini hanya di pasarkan melalui pengusaha rangkaian gedung francais House Of Healin yang di lantik melalui syarikatnya Eastern Biotech Resources Sdn Bhd. yang berada di seluruh negara.

FRANCAIS OUTLET HOUSE OF HEALIN

Kamus Warisan Sdn Bhd adalah salah sebuah syarikat pemegang lesen francais House Of Healin yang beroperasi di negeri Johor Darul Takzim.

Syarikat ini telah menjalankan perniagaan bersama House Of Healin semenjak awal tahun 2005 lagi.

Kamus Warisan Sdn Bhd telah di beri kepercayaan oleh syarikat Healwell Pharmaceutical Sdn Bhd dan Eastern Biotech Resources Sdn Bhd sebagai pemegang konsesi untuk pembekalan produk-produk Healin dan AG2000 di seluruh negeri Johor Darul Takzim sebelum produk ini di francaiskan.

Misi syarikat ialah untuk membantu mempromosikan cara pemakanan serta gaya hidup sihat di kalangan masyarakat secara keseluruhannya.

KAMUS WARISAN SDN BHD
No 12, Jalan Padi Emas 5/2,
Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru
Johor Darul Takzim.
07-2345326